BALING:Sebuah kompleks mahkamah baharu menempatkan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen yang dianggarkan bernilai RM30 juta akan dibina di Sik dekat sini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pembinaan kompleks itu dijangka siap sepenuhnya awal 2022.
Katanya, pembinaan itu perlu dilaksanakan bagi menampung bilangan kes yang semakin meningkat di Sik selain daerah-daerah berdekatan seperti Baling, Pendang dan Padang Terap.
"Kita telah mengenal pasti kawasan tapak pembinaan yang berkeluasan tiga ekar (1.21 hektar) di Pekan Batu 5, Sik bagi tujuan berkenaan.
"Pembinaan kompleks mahkamah baharu itu juga akan menggantikan bangunan Mahkamah Sik lama yang dibina pada tahun 1950-an yang telah usang.
"Kita jangka ia akan mempercepatkan (urusan) kes... satu lagi untuk kemudahan rakyat kerana sekarang ini, rakyat yang ada di Baling, Sik, kalau ada kes Mahkamah Sesyen, terpaksa pergi ke Sungai Petani," katanya.
Takiyuddin berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perjumpaan Bersama Datuk Bandar dan Yang di-Pertua (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kedah di Pejabat Daerah Baling, pada Ahad.
Julai lalu, beliau dilaporkan berkata, kerajaan bercadang untuk membina empat buah kompleks baharu mahkamah termasuk Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret di beberapa negeri.
Ia melibatkan mahkamah di Sik; Bachok, Kelantan; Temerloh, Pahang dan Pengerang, Johor ekoran keadaan bangunan-bangunan itu ketika ini.
Jelas Takiyuddin, cadangan pembinaannya akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 yang bakal dibentang tahun depan.
Abd Hadi Che Awang
Sun Dec 20 2020
Takiyuddin berkata pembinaan kompleks itu dijangka siap sepenuhnya awal 2022.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Kompleks mahkamah baharu akan dibina di Sik - Takiyuddin
Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pembinaan kompleks itu dijangka siap sepenuhnya awal 2022.